Demi seekor b...

Demi seekor binatang

ULASAN BUKU OLEH RAZ AS

BAGI Bixby Alexander Tam atau lebih dikenali sebagai Bat, kehidupan adalah penuh dengan kejutan. Kadang-kadang kejutan tersebut berbentuk yang baik dan kadang-kadang yang buruk.

Hari ini merupakan hari yang mempunyai kejutan yang baik bagi Bat. Ibu Bat, seorang doktor haiwan telah membawa pulang seekor anak skunk yang kecil. Ibunya harus merawat skunk kecil itu sebelum menyerahkannya ke tempat perlindungan haiwan liar. Akan tetapi, Bat telah tertarik hati kepada haiwan itu, dan berhasrat untuk memeliharanya. Dan dia hanya mempunyai masa sehingga sebulan untuk menunjukkan kepada ibunya bahawa skunk itu dapat dijadikan haiwan peliharaan yang sangat comel.

Demikian adalah sinopsis daripada buku kanak-kanak berjudul A Boy Called Bat karya Elana K. Arnold. Berjayakah Bat meyakinkan ibunya atau skunk itu akan diserahkan ke tempat perlindungan haiwan liar?

Bat telah tertarik hati kepada skunk itu, dan berhasrat untuk memeliharanya. Dan dia hanya mempunyai masa sehingga sebulan untuk menunjukkan kepada ibunya bahawa skunk tersebut dapat dijadikan haiwan peliharaan yang sangat comel.