Demo: 3 lelaki M’sia dibicara tahun depan

Demo: 3 lelaki M’sia dibicara tahun depan

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Nov – Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menetapkan tahun depan untuk perbicaraan tiga orang lelaki warga Malaysia yang berdepan dua pertuduhan menganjur dan mengambil bahagian dalam demonstrasi yang menyalahi undang-undang di bawah Akta Ketenteraman Awam.

Choo Chor Hiang, Seyu Ah Ling dan Chan Mee Eng mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan ke atas mereka.

Majistret Kanan Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Awang Badaruddin menetapkan perbicaraan pada 18 hingga 23 April 2016.

Chor Hiang berdepan pertuduhan mengambil bahagian dalam menganjurkan kumpulan yang menyalahi undang-undang pada 29 Ogos, di kawasan Masjid Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah di mana kesalahan yang dilakukannya membawa hukuman denda $5,000 dan penjara tiga tahun.

pg06_151112_mahkamah logo2

Untuk pertuduhan kedua, Choo Chor Hiang, Seyu Ah Ling dan Chan Mee Eng didakwa berhimpun bersama beberapa individu lain yang dipercayai masih bebas.

Kesalahan yang dilakukan mereka ini membawa kepada denda $1,000 dan penjara selama setahun. Majistret Kanan melanjutkan ikat jamin untuk setiap tertuduh.

Kes mereka ini dikaitkan dengan kejadian ‘bersih’ yang mana gambar-gambar disebarkan melalui WhatsApp menunjukkan lelaki dan wanita memakai baju kuning, dengan berlatarbelakangkan masjid. Kejadian turut dikaitkan sebagai tanda bantahan politik di Malaysia.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Shamshuddin bin Haji Kamaluddin.

ARTIKEL YANG SAMA