Demokrasi tumpuan hubungan bersama China

Demokrasi tumpuan hubungan bersama China

TAIPEI, 27 April – Presiden Taiwan yang dilantik hari ini berkata bahawa demokrasi menjadi tumpuan hubungan masa depan bersama China selepas terjejas baru-baru ini kerana isu-isu sensitif seperti penghantaran pulang secara paksa suspek-suspek Taiwan dari Kenya ke tanah besar.

Tsai Inge-wen, yang akan memulakan tugasnya pada 20 Mei depan sebagai presiden wanita pertama negara itu, mengulangi ikrarnya untuk mengekalkan ‘status quo’ di seluruh Selat Taiwan yang memisahkan negara itu dari tanah besar. “Saya telah berkata beberapa kali pada masa lalu bahawa kerajaan baru akan melakukan apa saja untuk mengukuhkan keamanan dan kestabilan bagi perhubungan rentas selat dan menjadikannya konsisten dan mudah diramal,” kata Tsai.

“Saya akan patuh dengan janji saya,” katanya ketika mengunjungi Majlis Hal Ehwal Tanah Besar, di mana dia berkhidmat sebagai menteri selama empat tahun sehingga 2004. Tetapi Tsai menjelaskan perubahan dasar apabila Parti Progresif Demokratik skeptik-China (DPP) mengambil alih kerajaan dari parti Kuomintang yang mesra Beijing. “Apa yang akan berbeza dari lapan tahun lalu adalah peningkatan terhadap hubungan rentas selat adalah berdasarkan demokrasi dan kemahuan orang ramai” tidak mengira kedudukan sebarang parti politik individu, katanya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA