Dempsey wira AS

Dempsey wira AS

AMERIKA SYARIKAT, 19 Julai – Clint Dempsey meledak hatrik pertamanya di pentas antarabangsa buat AS yang membenam Cuba 6-0 sekali gus membawa negaranya ke peringkat separuh akhir Piala Emas CONCACAF, hari ini.

Bekas penyerang berbisa Fulham berusia 32 tahun itu meledak gol pembukaan pada minit keempat, menyempurnakan penalti pada minit ke-64 dan melengkapkan hatrik pada minit ke-78.

Hatrik yang dijaringkan menyaksikan penyerang tinggi lampai itu mendahului senarai penjaring di Piala Emas apabila sudah mengumpulkan enam gol pada kejohanan dwitahunan itu.

“Ia merasa bagus. Saya pernah mencapainya bersama kelab saya sebelum ini. Jelas, saya bernasib baik. Saya tidak akan mampu untuk menjaringkan gol tanpa bantuan rakan sepasukan saya,” kata Dempsey.

“Kamu sentiasa mahu menjaringkan gol sebanyak mana yang kamu boleh. Namun perkara yang paling utama ialah menang,” katanya.

Tanpa mengira fahaman politik yang berbeza, lebih 37,994 peminat memenuhi stadium kelab Baltimore Ravens.

Di separuh akhir, AS akan bertemu Jamaica yang menewaskan Haiti 1-0 pada satu lagi saingan suku akhir.

“Kami jelas bukan pilihan,” kata pengendali Jamaica kelahiran Jerman, Winfried Schaefer mengulass pertembungan dengan AS yang turut dikemudi warga Jerman, Jurgen Klinsmann.

“Ini sukar,” katanya.

Dua lagi pertembungan suku akhir akan membabitkan Mexico menentang Costa Rica manakala Panama bertemu Trinidad dan Tobago. – AFP