Denda $10,300 seludup keluar minyak

Denda $10,300 seludup keluar minyak

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Jan – Seorang lelaki tempatan dijatuhi denda $10,300 oleh Mahkamah Majistret, hari ini, selepas mengaku bersalah atas dua kesalahan menyeludup keluar minyak unleaded dan memiliki minuman keras.

pg01_160127_mahkamah logo

Omayah bin Haji Mumin, 38, didakwa cuba menyeludup keluar 36.19 liter RON 97 pada 3 Disember 2013 di kawasan luar Pos Kawalan Labu dan turut berdepan dakwaan memiliki 48 tin minuman keras yang tidak diisytiharkan pada hari dan di tempat yang sama. Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman memerintahkan defendan untuk membayar $300 pada hujung bulan ini, dan $500 setiap bulan sehingga lunas, jika gagal akan berdepan 15 bulan penjara.

ARTIKEL YANG SAMA