Denda $10,400 miliki rokok seludup

Denda $10,400 miliki rokok seludup

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Mei – Mahkamah Majistret, hari ini, menjatuhi hukuman denda $10,400 ke atas seorang wanita tempatan bagi kesalahan memiliki rokok seludup.

Meriam binti Arshad, 57, didakwa memiliki 27 karton rokok pada 28 Oktober 2013 kira-kira jam 11 pagi di bahagian dalam Pos Kawalan Kuala Lurah ketika ditahan oleh pegawai kastam.

Pemeriksaan ke atas kereta defendan menemui rokok-rokok berkenaan disimpan dalam kotak konsol kereta dan juga disembunyikan pada dinding kanan penumpang belakang.

Pemangku Majistret Kanan, Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman memberi tempoh sehingga Januari 2016 untuk defendan membayar denda atau berdepan dua bulan penjara.

ARTIKEL YANG SAMA