Denda $1,200 seludup rokok

Denda $1,200 seludup rokok

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Dis – Garagara membawa masuk rokok yang tidak diisytiharkan, seorang pramugari tempatan dijatuhi denda $1,200 oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

Siti Noorasikin binti Haji Osman, 27, mengaku salah di hadapan Majistret Pengiran Shahyzul Khairuddien bin Pengiran Haji Abdul Rahman atas dakwaan memiliki tiga karton dan satu paket rokok dalam bagasinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada 25 November sekitar jam 5:30 petang.

Menurut fakta kes, pegawai kastam yang bertugas ketika itu telah memeriksa bagasi milik defendan dan menemui rokok-rokok di dalamnya.

pg06_151219_mahkamah logo2

Defendan ketika soal siasat mengaku membeli rokok-rokok itu di kedai bebas cukai di Dubai.

Untuk membawa masuk rokok itu ke dalam negara ini, defendan sepatutnya membayar cukai $199. Majistret Pengiran Shahyzul membenarkan defendan untuk membayar secara ansuran dan mengarahkannya untuk membayar $200, bermula hujung Disember ini sehingga hujung Mei 2016, dan jika gagal akan berdepan sebulan penjara.

ARTIKEL YANG SAMA