Denda $1,260 miliki rokok, minuman keras

Denda $1,260 miliki rokok, minuman keras

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Julai – Seorang lelaki warga Filipina dijatuhi denda $1,260 oleh Mahkamah Majistret, kelmarin, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki rokok dan minuman keras yang tidak diisytiharkan.

Pemangku Majistret Kanan, Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman turut memerintahkan Eduardo Balio Piano, 42, untuk dipenjarakan empat bulan jika gagal membayar denda itu.

pg06_150713_mahkamah logo2

Defendan mengaku memiliki minuman keras apabila ditanya oleh pegawai kastam yang bertugas di Pos Kawalan Kuala Lurah pada 10 Julai 2015 namun siasatan menyeluruh ke atas kereta defendan turut menemui tiga karton rokok.

ARTIKEL YANG SAMA