Denda $1,400 kerana seludup rokok

Denda $1,400 kerana seludup rokok

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Jun – Seorang lelaki tempatan dijatuhi denda $1,440 oleh Mahkamah Majistret, hari ini, selepas mengaku bersalah memiliki rokok seludup.

Hamdani bin Yutong, 40, menghadapi pertuduhan memiliki empat karton rokok yang disimpan dalam keretanya pada 11 April 2015 sekitar pukul 10 malam.

Majistret Hajah Noor Amalina binti DP Haji Alaihuddin memerintahkan tertuduh untuk membayar denda hari ini atau berdepan tiga bulan penjara.

Tertuduh ditahan di Pos Kawalan Kuala Lurah oleh anggota kastam yang bertugas yang mana tertuduh memberitahu dia tidak mempunyai barang untuk diisytiharkan.

Bagaimanapun, pemeriksaan menyeluruh yang dijalankan ke atas kereta tertuduh menemui empat karton rokok yang disimpan di tempat kaki penumpang belakang.

Tertuduh mengaku telah membeli rokok itu di Limbang pada harga $39 untuk kegunaan sendiri.

ARTIKEL YANG SAMA