Denda $14,000 miliki rokok tidak diisytiharkan

Denda $14,000 miliki rokok tidak diisytiharkan

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Julai – Mahkamah Majistret hari ini menjatuhi denda $14,000 atau berdepan 14 bulan penjara jika gagal membayar denda kepada seorang lelaki warga Bangladesh selepas mengaku bersalah memiliki rokok yang tidak diisytiharkan.

Mizanur Rahman, 27, menghadapi pertuduhan memiliki 36 karton rokok pada 30 Jun 2015 kira-kira 10:40 pagi di Jalan Bunga Kuning, Seria.

Berdasarkan fakta kes, pegawai pencegah kastam atas maklumat daripada orang ramai telah menyerbu tempat tinggal tertuduh dan menemui rokok-rokok itu dalam bilik tidur tertuduh.

Ketika disoal-siasat, tertuduh mengaku membeli rokok itu daripada seorang lelaki warga Indonesia untuk dijual kepada rakan-rakannya.

ARTIKEL YANG SAMA