Denda $15 ribu miliki minuman keras, rokok

Denda $15 ribu miliki minuman keras, rokok

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 April – Dua lelaki tempatan, masing-masing dijatuhi denda $15,000 oleh Mahkamah Majistret, semalam, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki minuman keras dan rokok yang tidak diisytiharkan.

Kertas pertuduhan menyebut, Awangku Abdul Hafiz bin Pengiran Zulkifli, 25, didakwa memiliki lapan tin minuman keras, 44 karton dan tiga paket rokok, manakala Mohd Hafizulizuan bin Mohd Kamaluddin, 24, berdepan dakwaan memiliki satu botol dan tujuh tin minuman keras dan 43 karton rokok pada 8 April 2016.

pg06_160414_mahkamah logo2

Kedua-dua mereka diberkas di Pos Kawalan Kuala Lurah sebaik sahaja pegawai kastam menemui minuman keras dan rokok yang disembunyikan di beberapa bahagian dalam kereta.

Majistret Kanan Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd Hussain memerintahkan kedua-dua defendan untuk membayar secara ansuran berjumlah $500 setiap bulan atau berdepan 12 bulan penjara jika gagal membayar denda tersebut.