Denda $2,000 milik rokok tidak diisytiharkan

Denda $2,000 milik rokok tidak diisytiharkan

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Okt – Seorang lelaki tempatan dijatuhkan denda $2,000 gara-gara memiliki rokok tidak diisytiharkan untuk kegunaan sendiri selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, hari ini.

Mohamad Azali bin Haji Mohamad Yassin, 44, didakwa memiliki lima karton rokok pada 22 September sekitar jam 3:02 petang.

Kertas pertuduhan menyebut, pegawai pencegah kastam membuat pemeriksaan ke kediaman defendan di Perpindahan Tungku, Gadong dan menemui rokok-rokok disimpan dalam almari di bilik tidur.

Defendan mengaku membeli kesemua rokok itu dari rakannya, untuk kegunaannya.

pg06_151016_mahkamah logo

Pemangku Majistret Kanan, Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman memberi tempoh empat bulan kepada defendan untuk membayar denda atau berdepan enam bulan penjara, jika gagal membayar.

Pemangku Majistret Kanan turut memerintahkan kesemua rokok yang telah dirampas itu dimusnahkan oleh pihak Kastam.