Denda $2,000 sabit guna pasport orang lain

Denda $2,000 sabit guna pasport orang lain

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Julai – Mahkamah Majistret, hari ini, menjatuhi hukuman denda $2,000 ke atas seorang lelaki dan seorang lagi remaja lelaki atas kesalahan menggunakan pasport orang lain untuk memasuki Negara Brunei Darussalam.

Pemangku Majistret Kanan, Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman memerintahkan Enteri anak Jamphong, 37, dan Stephen Lois anak Tuggal, 18, untuk membayar denda itu atau berdepan dua bulan penjara jika gagal membayar.

pg06_150715_mahkamah logo2

Kedua-dua tertuduh didakwa menggunakan dua pasport milik orang lain ketika memasuki negara ini melalui Pos Kawalan Imigresen Labu, Temburong kira-kira jam 1:50 petang pada 10 Julai 2015.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Yvonne Lim.

ARTIKEL YANG SAMA