Denda $2,300 akibat dadah

Denda $2,300 akibat dadah

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 6 Okt – Seorang lelaki tempatan telah dijatuhi hukuman denda sejumlah $2,300 setelah mengaku bersalah mengambil Methylamphetamine dan memiliki peralatannya pada tahun 2013, di sini.

Mohd Firdaus Yunus, dari Belait, mengaku bersalah di hadapan Majistret Kuala Belait ke atas kedua-dua pertuduhan yang dilakukan di Mumong pada 31 Disember, dan jika gagal membayar denda berkenaan, tertuduh akan dijatuhi hukuman penjara empat bulan.

pg06_151007_mahkamah logo2

Sementara itu, dalam perbicaraan berasingan, seorang lelaki tempatan berusia 65 tahun dari Sungai Liang telah dikenakan denda sejumlah $600 setelah cuba membawa masuk minuman keras tanpa permit atau membayar duti eksais dalam kejadian bulan lalu.

Liew Ngen Shin, telah ditahan oleh Pegawai Kastam Pos Kawalan Sungai Tujoh semasa melalui pos dari Brunei menuju ke Miri, dan melalui pemeriksaan itu telah didapati sejumlah 24 tin dan enam botol minuman keras disimpan di bawah tempat duduk penumpang dan di bawah tempat duduk belakang kereta jenis sedan yang dipandunya.

ARTIKEL YANG SAMA