Denda $2,900 miliki rokok tidak diisytihar

Denda $2,900 miliki rokok tidak diisytihar

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Dis – Seorang warga emas dijatuhi denda $2,900 oleh Mahkamah Majistret, hari ini, atas kesalahan memiliki rokok yang tidak diisytiharkan kepada pihak kastam.

Pengiran Julaihe bin Pengiran Haji Hashim @ Julach, 60, didakwa memiliki lima karton dan 29 paket rokok di rumahnya di Kampung Sinarubai kira-kira jam 2:25 petang pada 18 November 2015.

Fakta kes menyebut, pegawai pencegah kastam yang menerima maklumat daripada orang ramai telah membuat pemeriksaan ke kediaman defendan di mana mereka menemui rokok-rokok disimpan di dapur, ruang tamu dan bilik tidur.

pg06_151223_mahkamah logo2

Defendan memberitahu rokok itu adalah untuk kegunaannya dan dibeli daripada rakannya.

Cukai yang perlu diisytiharkan oleh defendan sebelum memiliki rokok itu ialah $357.

Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman mengarahkan defendan untuk membayar $500 setiap bulan sehingga habis, dan jika gagal akan berdepan dua bulan penjara.

ARTIKEL YANG SAMA