Denda $3,000 cekik leher isteri

Denda $3,000 cekik leher isteri

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 April – Seorang suami yang mengaku bersalah kerana bertindak mencekik leher isterinya dijatuhi denda $3,000 oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

pg06_160419_mahkamah logo2

Mohammad Yusof bin Haji Latif, 29, didakwa mencekik leher Siti Rafiah binti Awang Haji Rosli, 29, di kawasan letak kereta Sungai Bunga pada 8 April 2016 kira-kira jam 7:30 malam.

Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman memberi tempoh tiga bulan untuk defendan membayar denda, dan jika gagal, akan berdepan enam bulan penjara.

ARTIKEL YANG SAMA