Denda $3,000 miliki barang tegahan

Denda $3,000 miliki barang tegahan

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Okt – Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menjatuhi hukuman denda $3,000 ke atas seorang warga emas berusia 67 tahun atas kesalahan memiliki barangan tegahan kastam.

Awang Mohd Salleh bin Awang Buntar mengaku bersalah memiliki 10 karton rokok pada 5 November 2013 sekitar jam 2:20 petang ketika ditahan oleh anggota polis sebaik melewati pos kawalan polis di Kampung Bebuloh dari hujung jalan kampung berkenaan.

Rokok-rokok itu ditemui dalam beg plastik di atas alas kaki penumpang depan kereta yang dipandunya.

Defendan dalam rayuannya memohon kepada mahkamah untuk membenarkannya membayar secara ansuran berjumlah $50 setiap bulan namun Majistret Kanan Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd Hussain memerintahkannya untuk membayar $100 setiap bulan sehingga habis.

mahkamah

Defendan akan berdepan tiga bulan penjara jika gagal membayar denda berkenaan.

Kertas pertuduhan menyebut, defendan mengaku menerima beg plastik itu daripada seseorang yang tidak dikenalinya dari hujung jalan Kampung Bebuloh tanpa mengetahui isi kandungannya.

Majistret Kanan turut memerintahkan kesemua rokok yang dirampas itu diserahkan kepada kerajaan.

ARTIKEL YANG SAMA