Denda $4,000 miliki rokok tidak diisytihar

Denda $4,000 miliki rokok tidak diisytihar

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Dis – Seorang lelaki penduduk tetap dijatuhi denda $4,000 oleh Mahkamah Majistret, hari ini, selepas mengaku bersalah memiliki rokok yang tidak dikenakan cukai.

Panjang bin Haji Sarat, 56, berdepan pertuduhan memiliki sembilan karton dan 13 paket rokok di sebuah rumah di Kampung Rimba pada 14 Julai 2015 kira-kira jam 12:40 tengah hari.

Fakta kes menyebut, pegawai pencegah kastam yang membuat serbuan ke atas rumah defendan menemui rokok-rokok tersebut disembunyikan dalam sofa di bilik tamu dan juga dalam gelen biru di belakang rumah.

pg06_151215_mahkamah logo

Defendan mengaku membeli rokok itu di Brunei pada harga $10 untuk satu karton yang mana rokok itu akan dijualnya bagi menyara keluarganya.

Cukai yang seharusnya dibayar oleh defendan untuk rokok-rokok itu ialah $509.

Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid memberi tempoh sehingga 24 Disember 2015 untuk defendan membayar denda, dan jika gagal akan berdepan empat bulan penjara.

ARTIKEL YANG SAMA