Denda $500 miliki minuman keras

Denda $500 miliki minuman keras

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 April – Seorang wanita dan lelaki warga asing, masing-masing dijatuhi denda $500 oleh Mahkamah Majistret, hari ini, kerana memiliki minuman keras yang tidak diisytiharkan kepada pihak kastam.

Santi Fam, 30, didakwa memiliki 12 tin dan dua botol minuman keras ketika ditahan di Pos Kawalan Kuala Lurah, pada 18 April 2016.

Aphinan Krengchai, 35, pula berdepan kesalahan memiliki 12 tin dan tujuh botol minuman keras, juga ketika ditahan di Pos Kawalan Kuala Lurah, pada 19 April 2016.

Majistret Azrimah binti Haji Abdul Rahman memerintahkan kedua-dua tertuduh untuk membayar denda itu, dan jika gagal berdepan sebulan penjara.

pg06_160422_mahkamah logo2

ARTIKEL YANG SAMA