Denda $5,500 miliki rokok tanpa pengisytiharan

Denda $5,500 miliki rokok tanpa pengisytiharan

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Okt – Mahkamah Majistret, hari ini, menjatuhkan hukuman denda $5,500 ke atas seorang lelaki tempatan bagi pertuduhan memiliki rokok yang tidak diisytiharkan.

Abdul Hafiz bin Haji Othman, 30, didakwa memiliki 14 karton rokok dalam kereta yang dipandunya ketika ditahan di Pos Kawalan Kuala Lurah pada 23 Februari 2013 kira-kira jam 9:09 malam.

Pemangku Majistret Kanan, Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman memberi tempoh sehingga 31 Disember 2016 untuk defendan membayar denda, atau berdepan lima bulan penjara.

pg06_151027_mahkamah logo2

Defendan didapati menyimpan rokok-rokok tanpa permit itu di bahagian tayar ganti kereta, pada poket belakang kerusi pemandu dan dalam beg berwarna merah jambu yang diletakkan atas tempat duduk penumpang belakang.

Defendan mengaku kesemua rokok itu miliknya yang dibelinya pada harga $134 di Limbang.

Pegawai Pendakwa Kastam memohon untuk kesemua rokok yang dirampas itu diserahkan kepada kerajaan.

ARTIKEL YANG SAMA