Denda $6,600 miliki dadah terkawal

Denda $6,600 miliki dadah terkawal

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 April – Mahkamah Majistret, hari ini, menjatuhi denda $6,600 ke atas seorang lelaki penduduk tetap bagi lima pertuduhan memiliki dan mengambil dadah terkawal, pada 2012 dan 2013.

Lin Thian Sen @ Lim Thian Sen, 44, mengaku bersalah atas tuduhan memiliki 2.9208 dan 19.7305 gram Kanabis, dan juga mengambil Methylamphetamine pada 6 Mac 2012 di kawasan Sungai Tilong.

Dia juga didakwa memiliki 0.3246 gram Metyhlamphetamine dan mengambil dadah Methylamphetamine pada 7 Mei 2013.

Pegawai Pendakwa Narkotik, Norizanullah binti Haji Awang Jaya memaklumkan mahkamah bahawa ujian air kencing yang diambil daripada defendan setelah dianalisis didapati mengandungi dadah.

Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli memberi tempoh tiga bulan kepada defendan untuk membayar denda itu, dan jika gagal akan berdepan 12 bulan penjara.

ARTIKEL YANG SAMA