Denda $800 seludup kaki ayam

Denda $800 seludup kaki ayam

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Dis – Gara-gara membawa masuk 15 kilogram kaki ayam tanpa kebenaran daripada pihak kastam, seorang warga emas dijatuhi denda $800 oleh Mahkamah Majistret, hari ini, selepas mengaku bersalah atas kesalahan yang dilakukannya pada 2014.

Mohamad Ali bin Awang Enchi, 68, didakwa memiliki empat kotak yang mengandungi 15 kilogram kaki ayam dalam keretanya pada 22 Oktober 2014 di Pos Kawalan Kuala Lurah.

Menurut fakta kes, kereta yang dipandu oleh defendan ketika itu ditahan oleh pegawai kastam yang bertugas, di mana defendan memberitahu tidak ada barang yang hendak diisytiharkannya.

Namun pemeriksaan menyeluruh mendapati kaki ayam disembunyikan dalam bahagian tayar ganti kenderaan.

Defendan mengaku membeli kesemua kaki ayam itu di Limbang. Majistret Kanan Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Awang Badaruddin memberi tempoh dua bulan untuk defendan membayar denda itu, atau berdepan satu bulan penjara jika gagal.

ARTIKEL YANG SAMA