Denda $8,280 cuba seludup rokok

Denda $8,280 cuba seludup rokok

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

pg06_150710_mahkamah logoKUALA BELAIT, 9 Julai – Seorang lelaki tempatan, hari ini, telah dijatuhi hukuman denda $8,280 atas kesalahan cuba membawa masuk secara haram 20 karton rokok melalui Pos Kawalan Sungai Tujuh dalam kejadian empat tahun lalu.

Ekramul Huttamah Abdullah, semasa kejadian telah menyembunyikan rokok-rokok berkenaan di tujuh bahagian dalam keretanya, termasuk dalam enjin kereta, kotak konsol dan tempat duduk penumpang belakang pada 11 September 2011.

Tertuduh berusia 31 tahun, dari Daerah Tutong, bersama seorang penumpang telah ditahan untuk pemeriksaan oleh pegawai kastam yang bertugas, dan memberitahu bahawa dia tidak membawa barang untuk diisytiharkan, bagaimanapun setelah diperiksa pegawai kastam menemui rokok-rokok berkenaan.

Selain itu sembilan paket rokok turut ditemui dalam pemeriksaan tersebut.

Tertuduh dijatuhi hukuman di bawah Seksyen 146(1)(i) Perintah Eksais 2006, dan ini merupakan kesalahan pertama yang dilakukannya.