Denda $8,500 miliki rokok seludup

Denda $8,500 miliki rokok seludup

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Mei – Mahkamah Majistret, hari ini, menjatuhi hukuman denda $8,500 atau berdepan lapan bulan penjara, jika gagal membayar denda, ke atas seorang wanita tempatan atas kesalahan memiliki rokok seludup.

Sarina binti Haji Dunglah, 41, dari Kampung Wasan didakwa memiliki 22 karton dan 14 paket rokok pelbagai jenis ketika pemeriksaan dijalankan di kediamannya oleh pegawai pencegah kastam pada 17 Februari 2015 sekitar pukul 12:40 tengah hari, hasil maklumat daripada orang ramai.

Pegawai Pendakwa Kastam memberitahu Pemangku Majistret Kanan Azrimah binti Haji Abdul Rahman bahawa 15 karton dan 14 paket rokok ditemui tersimpan di dalam mesin cuci pakaian manakala tujuh karton lagi ditemui di dalam beg hitam dan merah.

Tertuduh memberitahu, rokok-rokok itu dibelinya daripada seorang lelaki bernama Saiful, yang dibelinya pada harga $8 ke $11 untuk satu karton rokok.

Tertuduh juga mengakui bahawa rokok-rokok itu adalah untuk dijual dan untuk kegunaannya.

ARTIKEL YANG SAMA