Denda lebih 2,000 kerana dadah

Denda lebih 2,000 kerana dadah

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Feb – Mahkamah Majistret, hari ini, menjatuhi denda $2,700 ke atas seorang lelaki tempatan atas kesalahan dadah pada 2014.

Awangku Haji Adey Nazzley bin Pengiran Haji Ismail, 36, dituduh mengambil dadah Methylamphetamine dan memiliki peralatan mengambil dadah pada 30 September 2014 ketika diberkas di kediamannya di Kampung Perpindahan Lambak Kanan.

Fakta kes menyebut, pemeriksaan badan yang dijalankan ke atasnya ketika itu tidak menemui barang berkaitan dadah namun tertuduh telah menyerahkan sendiri peralatan yang digunakan untuk mengambil dadah.

pg06_160301_mahkamah logo2

Ujian air kencing yang diambil daripada tertuduh pada hari yang sama setelah dianalisis didapati mengandungi dadah.

Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli memerintahkan tertuduh untuk membayar denda hari ini, atau berdepan lima bulan penjara.

Pendakwaan dibuat Pegawai Pendakwa Narkotik, Normahiran binti Rosli.

ARTIKEL YANG SAMA