‘Dendam’ ke atas Bonucci jadi motivasi Neuer

‘Dendam’ ke atas Bonucci jadi motivasi Neuer

BORDEAUX, 3 Julai – Penjaga gol Jerman, Manuel Neuer berkata keinginan tinggi untuk menghalang sepakan kedua Leonardo Bonucci menerusi penalti sebagai kunci kemenangan 6-5 juara dunia itu ke atas Itali di suku akhir Euro 2016, sebentar tadi.

Neuer yang diundi sebagai penjaga gol terbaik dunia sejak tiga tahun lalu menyelamatkan sepakan Bonucci dan Matteo Darmian pada penentuan penalti maraton membabitkan 18 pemain selepas perlawanan berakhir seri 1-1 di Bordeaux.

Pemain Bayern Munich itu berkata dia berang apabila jaringan penalti Bonucci pada minit ke-78 yang menyamakan kedudukan buat Itali 1-1 selepas Jerman di depan menerusi Mesut Ozil.

“Saya tidak pernah mempunyai pengalaman penentuan penalti seperti ini sebelum ini, ia tampak seper-ti tiada penghujungnya,” kata Neuer yang turut dinamakan pemain terbaik perlawanan.

“Dua cubaan yang berjaya saya hentikan, saya masih masih dapat mengingatinya dan sepakan lain terus pergi ke bahagian tengah.

“Saya tidak mahu Bonucci menjaringkan gol sebanyak dua kali, jadi saya menghalang sepakanya,” kata-nya.

Selain Bonucci dan Darmian, Simone Zaza dan Graziano Pelle juga gagal menyempurnakan sepakan penalti buat Itali. Penentuan penalti itu juga menjadi pertarungan buat dua penjaga gol terbaik dunia dengan gawang Itali dikemudi penjaga gol legenda, Gianluigi Buffon.

Buffon juga melakukan aksi terbaiknya dan berjaya menyelamatkan penalti daripada penyerang, Thomas Mueller.

Kekalahan pantas mengalirkan air mata Buffon namun penjaga gol Juventus itu sudah pun berkata dia mahu terus beraksi sehingga Piala Dunia 2018. – AFP