Denmark cari keberadaan kapal selam

COPENHAGEN, Denmark, 11 Ogos – Tentera laut Denmark berkata ia kini mencari kapal selam buatan sendiri yang memiliki berat 40 tan, hampir 18 meter panjang di perairan luar Copenhagen yang mempunyai sekurang-kurangnya dua penumpang di dalamnya.

Seorang jurucakap tentera laut, Christer Haven berkata dua buah helikopter dan tiga kapal mengambil bahagian dalam misi mencari bagi kapal selam UC3 Nautilus di kawasan dari Copenhagen ke pulau Bornholm di Laut Baltik.

Haven berkata beberapa orang awam dengan bot-bot dan kelengkapan sonar digesa untuk mengambil bahagian dalam pencarian itu.

Dia berkata pencarian bermula selepas pihak berkuasa menerima satu panggilan awal pagi ini yang mengatakan kapal selam itu tidak kembali ke Copenhagen seperti dirancang. Pemilik Peter Madsen, pembina kapal yang dilancarkan dalam tahun 2008 itu dipercayai berada di dalam bersama seorang wartawan. – AP

Gambar fail – Peter Madsen bergambar bersama kapal selam buatannya pada tahun 2008. - AP
Gambar fail – Peter Madsen bergambar bersama kapal selam buatannya pada tahun 2008. – AP