Denmark fokus isu jihad, krisis pendatang

Denmark fokus isu jihad, krisis pendatang

COPENHAGEN, 1 Dis (AFP) – Denmark yang mencurigai Euro, menjalankan referendum pada Khamis berhubung meningkatkan penglibatannya dalam kerjasama polis dan pengadilan EU, dengan hasil tidak pasti kerana bimbang dengan serangan pejuang jihad sehinggalah kepada krisis pendatang.

Referendum yang diadakan tiga minggu selepas serangan di Paris yang mengorbankan 130 orang, pada awalnya dijadualkan dalam tahun 2016 tetapi diawalkan supaya tidak bertindih dengan kempen referendum EU, Britain, yang dijangka diadakan sebelum 2017.

Majoriti parti-parti sayap kiri dan kanan dalam parlimen Denmark telah meluluskan dasar referendum dalam bulan Disember 2014 walaupun mendapat tentangan daripada Parti Rakyat Denmark (DPP) yang mencurigai euro dan anti-pendatang.

Parti itu yang muncul sebagai parti kedua terbesar di negara itu dalam pilihan raya dewan undangan Jun lalu, mempunyai pengaruh besar berhubung politik Denmark lebih 12 tahun, dengan memberikan kerajaan minoriti sayap kanan sokongan untuk meluluskan rang undang-undang dalam parlimen untuk pertukaran dasar imigresen yang lebih ketat.

Sekumpulan pendatang memeriksa jadual perjalanan kereta api di Terminal Copenhagen pada 12 November 2015. – Reuters
Sekumpulan pendatang memeriksa jadual perjalanan kereta api di Terminal Copenhagen pada 12 November 2015. – Reuters

Parti itu mendakwa Denmark berisiko kehilangan kawalan ke atas dasar imigresennya dalam perdebatan yang meyakinkan para pengundi yang bimbang bahawa Denmark mungkin terpaksa menerima kuota wajib pelarian EU pada masa akan datang.

Bilangan pencari suaka di Denmark hanya kira-kira sepersepuluh daripada jumlah yang diterima oleh negara jiran, Sweden setakat ini tahun ini.

Kumpulan ‘Ya’ diketuai oleh Perdana Menteri Lars Lokke Rasmussen dari parti sayap kiri, Parti Venstre dan juga parti pembangkang, Demokrat Sosial, sementara itu dituduh menakut-nakutkan dengan slogan kempen yang membawa perkataan, ‘Bantu polis: undi Ya’.

Di laman sesawangnya, parti Rakyat Sosialis telah mengeluarkan gambar Presiden Perancis Francois Hollande di teater Bataclan di Paris pada 13 November, selepas 90 orang terbunuh di sana.