Denmark menjadi tempat paling gembira di dunia

Denmark menjadi tempat paling gembira di dunia

ROM, 16 Mac (Reuters) – Denmark menewaskan Switzerland sebagai tempat paling gembira di dunia, menurut laporan hari ini yang menggesa negara-negara agar tidak mempedulikan kekayaan untuk menangani ketidaksamaan dan melindungi alam sekitar.

Laporan itu, yang disediakan oleh Rangkaian Penyelesaian Perkembangan Mapan (SDSN) dan Earth Institute di Universiti Columbia, menunjukkan Syria, Afghanistan dan lapan negara sub-Sahara sebagai 10 tempat yang kurang gembira di bumi untuk dihuni.

Di tempat 10 teratas tahun ini adalah Denmark, Switzerland, Iceland, Norway, Finland, Kanada, Netherlands, New Zealand, Australia dan Sweden. Denmark berada di tempat ketiga tahun lepas, di belakang Switzerland dan Iceland.

Di tempat 10 paling bawah adalah Madagascar, Tanzania, Liberia, Guinea, Rwanda, Benin, Afghanistan, Togo, Syria dan Burundi.

Amerika Syarikat berada di tempat ke-13, United Kingdom ke-23, Perancis ke-32 dan Itali di tempat ke-50.

“Terdapat mesej sangat kuat bagi negara saya, Amerika Syarikat, yang sangat kaya, telah menjadi semakin kaya sejak 50 tahun yang lalu, namun semakin tidak gembira,” kata Profesor Jeffrey Sachs, ketua SDSN dan utusan khas kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon.

Sementara perbezaan antara negara-negara di tempat orang gembira dan mereka yang tidak boleh diukur secara saintifik, “Kami boleh memahami kenapa dan lakukan sesuatu tentangnya,” Sachs, salah seorang pengarang laporan, memberitahu Reuters dalam temu bual di Rom.

“Mesej bagi Amerika Syarikat adalah jelas. Bagi sebuah masyarakat yang hanya memburu wang, kita mengejar benda yang salah. Fabrik sosial kita dan kepercayaan sosial sedang memburuk, keyakinan dalam kerajaan juga semakin merosot,” ujarnya.