Dennis juara Golf Amal TBABD

Dennis juara Golf Amal TBABD

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Okt – Dennis Koh muncul juara Gross keseluruhan dengan mencatatkan 76 mata, sekali gus dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Golf Amal Persatuan Perniagaan Taiwan di Brunei Darussalam (TBABD) yang berlangsung di Kelab Golf RBA, hari ini.

Hadir bagi menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Wakil Pejabat Kebudayaan dan Ekonomi Taiwan di Negara Brunei Darussalam, Jason C.H. Wan.

Sebanyak tiga kategori telah dipertandingkan iaitu Divisyen A Nett, Divisyen B Nett dan Divisyen C Nett, di mana juara bagi Divisyen A ialah Chu Vui Kiat, juara bagi Divisyen B ialah Allan Hor, manakala juara bagi Divisyen C ialah George Kho. Sementara itu, pemenang bagi Kategori Ladies Nett pula dimenangi oleh Mary Hiew.

Jason Wan (kiri) dan Richard Chuang (kanan) menyampaikan sumbangan berjumlah $1000 kepada SMARTER Brunei yang diwakili oleh Malai Haji Abdullah (tengah).
Jason Wan (kiri) dan Richard Chuang (kanan) menyampaikan sumbangan berjumlah $1000 kepada SMARTER Brunei yang diwakili oleh Malai Haji Abdullah (tengah).

Majlis tersebut juga diselajurkan dengan sumbangan derma berjumlah $1000 yang telah disampaikan bersama oleh Pengerusi Persatuan Perniagaan Taiwan di Brunei Darussalam, Richard Chuang Hsi Chan dan Jason Wan kepada Presiden SMARTER Brunei, Malai Haji Abdullah bin Malai Haji Othman.

Lebih 90 orang peserta telah mengambil bahagian dalam kejohanan golf amal yang dianjurkan oleh TBABD itu, di mana pertandingan itu bukan sahaja dihasratkan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara para pemain tetapi juga untuk mengumpul dana untuk disumbangkan kepada badan-badan kebajikan.

ARTIKEL YANG SAMA