Depay muncul penyelamat Belanda

Depay muncul penyelamat Belanda

PARIS, 14 Nov – Pemain kelab Manchester United, Memphis Depay keluar dari bangku simpanan untuk meledak dua gol bagi menyelamatkan Belanda daripada diaibkan Luxembourg dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2018, awal pagi tadi.

Ketika Luxembourg tampak seakan bakal membuat kejutan, Depay yang ketika ini dipinggirkan oleh pengurus United, Jose Mourinho di Old Trafford memberi peringatan mengenai kemampuannya untuk menghalang Belanda daripada mencatat keputusan seri.

Belanda menang 3-1 pada perlawanan itu dan kekal di laluan untuk memperoleh tiket ke Russia namun mereka perlu menampilkan prestasi lebih baik jika mahu mencabar dua lagi pasukan pilihan, Perancis dan Sweden dalam Kumpulan A.

Bintang Bayern Munich, Arjen Robben memperoleh beberapa peluang untuk menjaringkan gol pada 30 minit pertama perlawanan namun gagal menewaskan penjaga gol Luxembourg, Ralph Schon.

Davy Klaassen juga hampir menjaringkan gol namun Schon sekali lagi tampil dengan prestasi terbaiknya sebelum gawangnya bocor pada minit ke-36 menerusi Robben. – AFP

Memphis yang beraksi begitu cemerlang dalam perlawanan tersebut. - AFP
Memphis yang beraksi begitu cemerlang dalam perlawanan tersebut. – AFP