Depay pamer taring

Depay pamer taring

SAN JOSE, AS, 22 Julai – Memphis Depay membuka akaun jaringan dengan Manchester United, di sini semalam ketika gergasi Liga Perdana Inggeris itu meraih kemenangan mudah 3-1 ke atas yang San Jose Earthquakes.

Pemain antarabangsa Belanda yang melengkapkan perpindahan AS$38.9 juta ke Old Trafford Jun lalu, menjaringkan gol kedua United di Stadium Avaya ketika pasukan Louis van Gaal mencatatkan kemenangan kedua berturut-turut dalam jelajah AS mereka.

Juan Mata dan Andreas Pereira menjaringkan United yang lain dengan Fatai Alashe memberikan San Jose gol sagu hati. Dengan bekas pengurus United, Alex Ferguson dalam kalangan 18,000 penonton yang memenuhi stadium, United cepat membuat serangan.

Mereka berjaya mencipta pembukaan yang menakjubkan selepas hanya empat minit apabila Depay meluru ke hadapan dan membuat rembatan rendah tetapi ditampan jelas oleh penjaga gol San Jose David Bingham.

Empat minit kemudian United mengancam lagi apabila Luke Shaw meluru ke bahagian kiri dan memberikan hantaran kepada Wayne Rooney tetapi gagal membuat penyudah tajam.

Depay (19) ketika beraksi menentang San Jose Earthquakes di Stadium Avaya, San Jose, California semalam. – AFP
Depay (19) ketika beraksi menentang San Jose Earthquakes di Stadium Avaya, San Jose, California semalam. – AFP

United akhirnya menemui lubuk selepas 32 minit. Ashley Young memberikan umpanan kepada Mata yang memotong ke dalam kotak penalti dan membuat rembatan sendeng untuk menewaskan Bingham.

Lima minit kemudian United 2-0 apabila Depay – penyerang United yang paling ketara begitu berkesan – menerkam hantaran lemah Jean Baptist Pierazzi untuk menewaskan Bingham sekali lagi.

Tetapi pembukaan 45 minit tanpa cemas berakhir sejurus sebelum separuh masa berakhir apabila Alashe menjaringkan gol untuk San Jose. – AFP