Depay sertai United

Depay sertai United

LONDON, 8 Mei (AFP) – Manchester United mencapai persetujuan untuk menandatangani pemain penyerang antarabangsa Belanda, Memphis Depay dari PSV Eindhoven, gergasi Liga Perdana itu mengumumkan semalam.

“#MUFC mencapai persetujuan bersama PSV Eindhoven dan Memphis Depay bagi pertukaran pemain itu bergantung kepada pemeriksaan kesihatan,” United mengumumkan dalam akaun Twitter.

“Bergantung pada kejayaan pemeriksaan kesihatan, persetujuan itu akan diteruskan apabila perpindahan dibuka pada Jun.”

Depay, yang menjaringkan 49 gol dalam 122 kemunculan bagi PSV, dilaporkan memerlukan United mengorek sekitar 25 juta pound (AS$38 juta). United tidak mendedahkan kelamaan kontraknya.

Pemain berusia 21 tahun itu berada di bawah pengurusan Louis van Gaal pada Piala Dunia di Brazil tahun lepas dan menjaringkan dua gol ketika Belanda mara ke separuh akhir. Van Gaal yang memberikan kemunculan Depay dalam arena antarabangsa, menyertai United selepas perlawanan itu.

Memphis Depay dari PSV Eindhoven bakal menyarung jersi Manchester United musim depan. – AFP
Memphis Depay dari PSV Eindhoven bakal menyarung jersi Manchester United musim depan. – AFP

Jika persetujuan dicapai, Depay akan menjadi pemain pertama yang ditandatangani United pada akhir musim 2015. Dia dijangka akan kekal bersama PSV untuk dua lagi baki perlawanan musim ini.

Dalam pos di akaun Instagramnya, Depay menulis: “Saya selalu berkata: Impian, Percaya, Matlamat. Saya mengimpikan dan percaya untuk menjadi juara Eredivisie bersama @PSV dan kami mencapainya.

“Saya gembira dengan PSV, semua peminat, (penaja) @underarmour dan @segfootball kerana mempercayai saya.

Sekarang sudah tiba masanya untuk menetapkan tujuan saya sekali lagi bagi memenangi trofi bersama @ManchesterUnited.”

Juara Belanda PSV mengesahkan perjanjian itu telah dipersetujui dan menyatakannya dalam laman sesawang mereka: “PSV dan Manchester United telah mencapai persetujuan bagi perpindahan Memphis ke kelab Inggeris itu.”

ARTIKEL YANG SAMA