Deportivo ikat Barcelona 2-2

Deportivo ikat Barcelona 2-2

BARCELONA, 13 Dis (Reuters) – Pendahulu, Barcelona melepaskan kelebihan dua gol ketika jaringan lewat permainan Lucas Perez dan Alex Bergantinos memberikan Deportivo La Coruna keputusan seri 2-2 dalam La Liga malam tadi.

Sepakan percuma Lionel Messi dan rembatan deras Ivan Rakitic meletakkan Barca di depan namun mereka melonggarkan cengkaman pada penghujung permainan dan pelawat segera mengambil kesempatan.

Messi melencongkan bola ke penjuru gol dari jarak 25 meter untuk memecah benteng kebal Deportivo selepas 39 minit.

Rakitic kemudian meledak dari jarak yang sama pada minit ke-62 selepas pemain dalam prestasi terbaik, Lucas kembali merapatkan kedudukan pada minit ke-77 dan Bergantinos menyamakan kedudukan empat minit sebelum tamat.

Lionel Messi cuba menggelecek bola melepasi pertahanan Deportivo. – AFP
Lionel Messi cuba menggelecek bola melepasi pertahanan Deportivo. – AFP

Ia adalah keputusan seri kedua berturut-turut buat Barca yang mengumpul 35 mata daripada 15 perlawanan. Deportivo keenam dengan 23 mata.

Pasukan tangga kedua, Atletico Madrid yang mengumpul 32 mata, menanti kehadiran Athletic Bilbao hari ini ketika Real Madrid, ketiga dengan 30 mata berdepan perlawanan mencabar di Villarreal.

“Ia sukar untuk dijelaskan,” kata pemain tengah Barca, Andres Iniesta. “Kami hilang kawalan ketika kami memerlukannya dan menjadikan mudah buat lawan ketika kedudukan 2-0.

“Perkara seperti ini boleh berlaku dan kami akan mengkajinya dan akan cuba memastikan ia tidak lagi berlaku.”

ARTIKEL YANG SAMA