Depot peluru meletup, ribuan tinggalkan kediaman

Depot peluru meletup, ribuan tinggalkan kediaman

COLOMBO, 6 Jun – Beberapa siri letupan menggegarkan sebuah depot peluru tentera di pinggir ibu negara Sri Lanka, hari ini mengakibatkan kebakaran besar dan memaksa ribuan penduduk melarikan diri ketika serpihan jatuh ke kediaman mereka.

Polis berkata, letupan di depot simpanan senjata berat di Salawa sudah tidak kuat namun penduduk berhampiran diberi amaran supaya menjauhkan diri kerana letupan masih berlaku.

Letupan dilaporkan berlarutan sehingga 10 jam sejak petang semalam. Kebakaran dapat dikawal namun kawasan itu masih diselubungi asap tebal ketika pihak berkuasa masih menentukan punca letupan berkenaan.

Sekurang-kurangnya seorang anggota tentera maut akibat melecur manakala dua lagi cedera, lapor rangkaian televisyen swasta Sirasa. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA