Derma anak yatim, ibu tunggal tidak bekerja

Derma anak yatim, ibu tunggal tidak bekerja

Oleh Faridah Haji Ibrahim

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Julai – Majlis Penyampaian Sumbangan Derma Anak Yatim dan Ibu-ibu Tunggal Tidak Bekerja berlangsung hari ini di Kampung Belimbing tajaan Persatuan Lotus Light Charity yang diketuai oleh pengerusi persatuan itu, Awang Yeo Ting Lok.

Majlis penyampaian sumbang tersebut disempurnakan oleh Awang Yeo Ting Lok dengan membabitkan seramai 19 orang ibu tunggal dan sembilan orang anak yatim.

Turut hadir di majlis itu ialah Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Ketua Kampung Belimbing, Haji Gapor @ Haji Md Daud bin Karim, Penghulu Mukim Kota Batu, Awang Naim bin Haji Kamis, Ahli-ahli Persatuan Lotus Light Charity dan Ahli-ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampung Belimbing.

Acara tersebut dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan Doa Kesyukuran yang diketuai oleh Awang Mohammad bin Ali.

Salah seorang anak yatim menerima sumbangan derma daripada Awang Yeo Ting Lok.
Salah seorang anak yatim menerima sumbangan derma daripada Awang Yeo Ting Lok.
Sumbangan derma ibu tunggal tidak bekerja disempurnakan oleh pengerusi Persatuan Lotus Light Charity, Awang Yeo Ting Lok.
Sumbangan derma ibu tunggal tidak bekerja disempurnakan oleh pengerusi Persatuan Lotus Light Charity, Awang Yeo Ting Lok.

ARTIKEL YANG SAMA