Derma bagi kebaikan bersama

Derma bagi kebaikan bersama

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Sept – Sebagai usaha untuk membantu orang-orang yang memerlukan, lebih 30 orang telah mendermakan darah dalam kempen anjuran Takaful Brunei Darussalam Sdn Bhd (TBD) yang berlangsung di Dar Takaful IBB Utama, Jalan Pemancha di ibu negara, hari ini.

Kempen derma darah bertema ‘Donate Blood Save Lives Every Drop Matters’ ini dikendalikan dengan kerjasama Jerudong Park Medical Centre (JPMC).

Ia merupakan kali kedua diadakan pada tahun ini setelah yang pertama pada Mac lalu di Takaful Brunei Keluarga (TBK) di Ibu Pejabat TBK, Kiulap.

Takaful Brunei, dalam usahanya untuk terus membantu orang yang memerlukan darah, akan mengadakan lagi kempen seumpamanya pada penghujung tahun ini di Ibu Pejabat Takaful Brunei Am (TBA), Beribi.

Dengan slogan ‘Together We Protect’, TBD akan menjadikan kempen derma darah ini sebagai aktiviti tanggungjawab sosial korporat, bagi menunjukkan salah satu komitmen mereka membantu orang ramai.

Antara yang menyertai dalam kempen derma darah tersebut.
Antara yang menyertai dalam kempen derma darah tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA