Derma dan miliki buku secara percuma

Derma dan miliki buku secara percuma

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 April – Sempena Hari Buku Sedunia, Bruneians:Read (B:Read) dan HeartWrite Co meraikannya dengan mengadakan sesi menderma buku yang telah bermula 19 Mac lalu hingga 16 April ini.

Pendermaan buku diadakan di beberapa buah tempat iaitu The Energy Kitchen di Kiulap, Piccolo Cafe di Bandar Seri Begawan dan Kedai PMUBD di Universiti Brunei Darussalam (UBD), di mana sebanyak 10 buah buku boleh didermakan oleh penderma dalam satu hari.

Sementara itu, bagi orang ramai yang ingin memiliki buku-buku yang didermakan tersebut bolehlah mula mendapatkannya pada kadar lima buah buku pada sesi pengambilan buku-buku yang akan diadakan di The Energy Kitchen, Kiulap bermula 17 hingga 24 April ini.

Penganjuran aktiviti tersebut bertujuan untuk menggalakkan orang ramai berkongsi buku-buku, di samping memberi peluang kepada mereka yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan buku secara percuma bagi menggalakkan pembacaan buku sebagai hobi yang boleh dilakukan oleh semua orang.

B:Read juga akan mengadakan sesi perjumpaan bagi orang ramai yang minat membaca pada 22 April ini bermula jam 7 malam, manakala itu, HeartWrite akan mengadakan sesi ‘Writers Jam’ pada 23 dan 24 April, yang mana kedua-dua acara tersebut akan diadakan di The Energy Kitchen, Kiulap.

Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Flo di talian 885 5111, atau melayari laman Instagram @worldbookdaybrunei dan @theartofwrite ataupun laman web http://breadbn.brublogs.org.

ARTIKEL YANG SAMA