Derma darah 20 Februari ini

Derma darah 20 Februari ini

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Feb – Sebagai usaha berterusan untuk membantu golongan yang memerlukan dan untuk menyahut seruan menderma darah, Kelab Rotary dan Pusat Menderma Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) akan menganjurkan Kempen Menderma Darah pada 20 Februari di Dewan Pameran Lexus, Gadong bermula 10 pagi hingga 2 petang.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kelab Rotary, kempen itu merupakan salah satu inisiatif dan projek kemasyarakatan Kelab Rotary sejak 2008 sebagai tanda komitmen teguh kepada kebajikan masyarakat.

Penyelia Pusat Menderma Darah, Hospital RIPAS, Haji Matusop bin Haji Daud dipetik menyatakan bahawa setiap pendermaan darah yang dibuat mampu untuk menyelamatkan tiga nyawa.

Dalam hubungan itu, beliau berharap usaha murni dan berkebajikan itu akan dapat disokong penuh oleh orang ramai dengan menyebarkan maklumat mengenainya supaya mereka dapat sama-sama memainkan peranan dalam membantu golongan yang memerlukan.

Di samping itu, beliau turut berkata bahawa setiap penderma darah akan diberikan pemeriksaan kesihatan percuma dan pemeriksaan bagi penyakit-penyakit berjangkit.

ARTIKEL YANG SAMA