Derma darah bantu pesakit

Derma darah bantu pesakit

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 2 Dis – Persatuan Foo Chow dengan kerjasama empat persatuan Tiong Hua lain iaitu Persatuan Hainan, Kwong Wai Siew, Tai Poo dan Zhong Zin Hakka Union akan mengadakan Kempen Derma Darah pada Ahad ini, 6 Disember, bertempat di Bangunan Persatuan Foo Chow di sini bermula pukul 9:00 pagi hingga 1:30 petang.

Kempen yang disokong pengendaliannya oleh Unit Tabung Darah Hospital Suri Seri Begawan Kuala Belait, bertujuan memberikan kesedaran kepada orang ramai pentingnya menderma darah, selain untuk menggalakkan penglibatan orang ramai dalam menyumbangkan darah, bagi membantu mengisikan tabung darah untuk keperluan pesakit-pesakit.

Sehubungan itu, orang ramai dialu-alukan untuk sama-sama datang dan menyumbangkan darah, dengan hasrat untuk membantu menyelamatkan nyawa yang memerlukan.

ARTIKEL YANG SAMA