Derma darah Persatuan Tekwando 15 Mei

Derma darah Persatuan Tekwando 15 Mei

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Mei – Sebagai salah satu usaha untuk membantu Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) menambahkan bekalan darah negara, Persatuan Tekwando Brunei Darussalam (BDTA) akan mengadakan kempen menderma darah pada 15 Mei ini.

Kempen yang akan diadakan di Unit Pembangunan Jurulatih dan Sukan, Stadium Negara Hassanal Bolkiah itu merupakan sebagai sebahagian daripada khidmat komuniti dan tanggungjawab sosial BDTA di samping untuk memberi balik kepada masyarakat dan negara.

ARTIKEL YANG SAMA