Derma darah sempena Hari Kebangsaan Bangladesh ke-46

Derma darah sempena Hari Kebangsaan Bangladesh ke-46

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Mac – Suruhanjaya Tinggi Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam, hari ini, telah mengadakan kempen derma darah di Pusat Pendermaan Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Kemerdekaan Bangladesh ke-46. Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh, Tuan Yang Terutama Mohammed Abdul Hye dan Ketua Kaunselor dan Canseri, Mohd Waliur Rahman turut hadir bersama-sama masyarakat Bangladesh di negara ini bagi menyertai kempen tersebut.

Menurut TYT Mohammed Abdul Hye, masyarakat Bangladesh di negara ini mempunyai hubungan yang baik sejak hubungan diplomatik antara kedua-dua negara ini terjalin 20 tahun yang lalu.

Dalam temu bual media dengan Penyelia Pusat Pendermaan Darah, Haji Iqmal bin Haji Ismail, beliau berkata, “Sambutan orang ramai terhadap pusat pendermaan darah setakat ini sangat menggalakkan dan jumlahnya meningkat setiap tahun.

Tuan Yang Terutama Mohammed Abdul Hye mengetuai kempen berkenaan sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Kemerdekaan Bangladesh ke-46.
Tuan Yang Terutama Mohammed Abdul Hye mengetuai kempen berkenaan sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Kemerdekaan Bangladesh ke-46.

“Walaupun jumlah penderma meningkat setiap tahun, pusat berkenaan masih mengharap penderma darah untuk tampil tanpa dipanggil,” tambahnya.

Beliau seterusnya menjelaskan, sempena cuti penggal persekolahan, pusat ini akan melancarkan kempen derma darah semasa Pesta Makan di Stadium Tertutup pada 23 Mac ini dari jam 11 pagi hingga 3 petang.

Sehubungan itu, orang ramai dialu-alukan untuk memberi sokongan terhadap kempen berkenaan dengan mengunjungi Pesta Makan tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA