Derma kilat untuk 17 mangsa ribut

Derma kilat untuk 17 mangsa ribut

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Julai – Seramai 17 orang anggota Pasukan Polis Diraja Brunei yang menjadi mangsa ribut taufan Jumaat lalu apabila berek yang mereka diami mengalami kerosakan, telah menerima sumbangan derma kilat di majlis yang diadakan di Balai Polis Berakas, kelmarin.

Menurut kenyataan Pasukan Polis Diraja Brunei, para penerima terdiri daripada lima anggota polis Daerah Polis Brunei Muara, sembilan orang anggota Polis Lapangan Terbang dan tiga anggota Simpanan Kompeni ‘B’, dari tiga buah Berek Polis Balai Polis Berakas yang terjejas dalam kejadian berkenaan iaitu blok D, E dan F.

Sumbangan kewangan berkenaan disampaikan oleh Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan Pasukan Polis Diraja Brunei merangkap Pengarah Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas, ACP Azahari bin Haji Awang Besar selaku wakil Pesuruhjaya Polis.

Turut hadir ialah pegawai-pegawai dari Balai Polis Lapangan Terbang yang juga sama-sama memberikan bantuan kepada mereka yang terlibat.

Antara para penerima sumbangan derma kilat anggota Pasukan Polis Diraja Brunei.
Antara para penerima sumbangan derma kilat anggota Pasukan Polis Diraja Brunei.

pg07_150713_a

Para penerima sumbangan derma kilat anggota Polis Diraja Brunei.
Para penerima sumbangan derma kilat anggota Polis Diraja Brunei.

Lima acara telah dijalankan secara serentak di majlis yang sama, iaitu penyampaian Sumbangan Kebajikan Tertinggi Polis Diraja Brunei, Sumbangan Kebajikan Daerah Polis Cawangan ‘D’, Sumbangan Kebajikan PEKERTI Cawangan ‘D’, Sumbangan Kebajikan Polis Lapangan Terbang dan diakhiri dengan sumbangan derma daripada Kebajikan PEKERTI Jawatankuasa Tertinggi yang disampaikan oleh Penguasa Kanan Polis (Senior Superintendent of Police) Dinah binti Amat Daud selaku wakil Yang Dipertua PEKERTI.

Di samping menerima sumbangan derma, sebahagian daripada anggota polis yang terjejas itu telah ditempatkan sementara di berek blok H di Balai Polis Berakas.

ARTIKEL YANG SAMA