Deschamps: Sasaran awal sudah dicapai

Deschamps: Sasaran awal sudah dicapai

UEFA-Euro-2016-Logo

LILLE, 20 Jun (AFP)– Pengendali Perancis, Didier Deschamps, berkata skuad kendaliannya sudah memenuhi sasaran awal apabila mereka mara ke pusingan 16 terbaik Euro 2016 sebagai juara Kumpulan A selepas mencatat keputusan seri tanpa jaringan dengan Switzerland, awal pagi tadi tadi.

Tuan rumah menguasai hampir keseluruhan perlawanan yang berlangsung di Stade Pierre-Mauroy dengan dua percubaan Paul Pogba sekadar menggegar palang dan begitu juga pemain gantian, Dimitri Payet yang menyaksikan rembatan volinya terkena palang di babak kedua.

Ia tidak cukup untuk anak buah Deschamps mencatat kemenangan ketujuh berturut-turut tetapi keputusan itu sudah memadai untuk Perancis mara ke pusingan kalah mati sebagai juara kumpulan.

ARTIKEL YANG SAMA