Deschamps suntik semangat Perancis

Deschamps suntik semangat Perancis

BARI, Itali, 1 Sept – Jurulatih Perancis Didier Deschamps berharap untuk menghindarkan kekecewaan Euro 2016 ketika pasukannya bersedia bagi kempen kelayakan Piala Dunia 2018, bermula dengan aksi persahabatan menentang Itali di Bari esok.

Impian Perancis bagi gelaran Kejuaraan Eropah ketiga terjejas berikutan kekalahan 1-0 pada masa tambahan kepada Portugal di Stade de France Julai lalu, tetapi Deschamps berazam untuk fokus kepada masa depan.

Berikutan perlawanan menentang Itali, Perancis akan memulakan kelayakan Piala Dunia dengan aksi di laman luar pada 6 September di Belarus dalam Kumpulan A, yang juga melibatkan Belanda, Sweden, Bulgaria dan Luxembourg.

“Euro berada di belakang kami. Harapan saya untuk menggunakannya, ya, tetapi bukan bagi kami untuk terlalu fokus kepadanya,” kata Deschamps, yang menambah Perancis perlu “berjuang” untuk mendapatkan tempat mereka pada perlawanan di Rusia.

Perlawanan hari ini adalah yang pertama bagi bos baru Itali itu, Giampiero Ventura, pengganti kepada pengurus Chelsea Antonio Conte dan Deschamps mahu untuk memberikan kekalahan pertama Azzurri di bandar selatan Bari.

Deschamps (tengah) bercakap kepada kakitangannya semasa sesi latihan di Clairefontaine-en-Yvelines kelmarin menjelang aksi persahabatan Perancis dengan Itali. – AFP
Deschamps (tengah) bercakap kepada kakitangannya semasa sesi latihan di Clairefontaine-en-Yvelines kelmarin menjelang aksi persahabatan Perancis dengan Itali. – AFP

“Apabila kami menentang negara jiran seperti Jerman, Sepanyol dan England, terdapat persaingan yang sihat. Ia perlawanan yang menarik,” kata Deschamps, yang menyuntik semangat baru dalam skuadnya.

Penjaga gol dan kapten Hugo Lloris begitu juga dengan pertahanan Bacary Sagna tidak beraksi kerana kecederaan sementara pertahanan veteran Patrice Evra terlepas pandang apabila Deschamps memperkenalkan Layvin Kurzawa dan Lucas Digne peluang untuk mendapatkan kedudukan mereka.

Sementara itu, pertahanan Real Madrid Raphael Varane akan kembali dan menjadi kapten pasukan semasa ketiadaan Lloris, dengan pemain berusia 23 tahun itu pulih sepenuhnya daripada kecederaan paha yang menyaksikannya terlepas Kejuaraan Eropah.

“Raphael adalah pemain yang saya harapkan beberapa tahun. Dia berada di sana sejak awal perjalanan dan beraksi pada Piala Dunia 2014. Dia mengalami kecederaan, tetapi pandangan saya terhadapnya tidak berubah. Dia bahagian pen-ting pasukan,” kata Deschamps. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA