Deschamps terus terajui Les Blues

Deschamps terus terajui Les Blues

PARIS, 12 Julai – Didier Deschamps akan terus menjadi jurulatih pasukan Perancis dan menerajui skuad Les Blues pada kempen kelayakan Piala Dunia 2018, meskipun kekecewaan tewas mengejut 1-0 kepada Portugal pada perlawanan akhir Kejohanan Eropah.

Perancis beralih kepada Deschamps apabila berdepan tekanan dan dia nyaris-nyaris meraih kemenangan yang mungkin akan membuatkan dirinya menjadi salah seorang yang hebat dalam bola sepak Perancis.

“Kekecewaan itu wujud dan besar,” Deschamps berkata selepas kekalahan itu. “Kami membiarkan peluang besar menjadi juara melewati kami.”

Namun jurulatih berusia 47 tahun itu yang pernah memenangi Piala Dunia dan Kejohanan Eropah ketika menjadi kapten Perancis, tidak berniat untuk meletak jawatan. Kontraknya berjalan sehingga Piala Dunia 2018 di Rusia.

Deschamps berkata ‘kekecewaan mendominasi’ kalangan para pemain selepas kekalahan di Stade de France, namun generasi baru yang diterajui oleh penjaring gol terbanyak kejohanan Antoine Griezmann akan bertambah baik.

“Berbanding dua tahun lalu apabila kami beraksi di Piala Dunia, mereka beraksi pada final Ahad lalu. – AFP

(Dari kiri) Presiden Persekutuan Perancis Noel Le Great, Deschamps dan Hugo Lloris tiba di Elysee Palace untuk menghadiri jemputan presiden negara itu. - AFP
(Dari kiri) Presiden Persekutuan Perancis Noel Le Great, Deschamps dan Hugo Lloris tiba di Elysee Palace untuk menghadiri jemputan presiden negara itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA