Destinasi pelancongan baru

Destinasi pelancongan baru

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 4 Sept – Daerah Tutong kini mempunyai satu lagi tempat tarikan pelancong dengan perasmian pondok istirahat di tepi sungai yang dinamakan Pangkalan Waris di Kampung Penapar, hari ini.

Hadir menyempurnakan perasmian pondok berkenaan ialah Pegawai Tugas-Tugas Khas, Jabatan Daerah Tutong, Haji Haizul Rizal bin Haji Yahya.

Pengusaha pondok berkenaan, Haji Samihon bin Haji Kechi ketika ditemui berkata nama Pangkalan Waris diberikan bagi mengenang nostalgia silam mereka yang pernah menjadi nadi kehidupan mereka pada waktu dulu.

Pondok berkenaan dibangunkan sendiri oleh Haji Samihon dengan mengambil masa tujuh bulan sejak awal tahun ini setelah menyiapkan rumah galeri yang dinamakan sebagai Lamin Kampung.

‘Pangkalan Waris’ atau ‘Pengkalan Warisan’ yang terletak di Kampung Penapar bakal menjadi tarikan kunjungan orang ramai dan pelancong-pelancong di Daerah Tutong.
‘Pangkalan Waris’ atau ‘Pengkalan Warisan’ yang terletak di Kampung Penapar bakal menjadi tarikan kunjungan orang ramai dan pelancong-pelancong di Daerah Tutong.

Menurutnya lagi, Lamin Kampung merupakan sebuah bangsal untuk berehat dan bersantai serta boleh membubu udang galah secara sepenuh masa.

Pondok ini telah pun dibukakan kepada orang ramai dengan dikenakan bayaran masuk yang telah ditetapkan.

Pembinaan pondok ini bertujuan untuk meningkatkan lagi destinasi pelancongan di Daerah Tutong khususnya memperkenalkan lagi Kampung Penapar kepada orang ramai dan pelancong-pelancong, selain mengenang nostalgia kehidupan dahulu yang mementingkan sungai sebagai nadi kehidupan.