Destinasi percutian di Aitutaki janjikan ketenangan

Destinasi percutian di Aitutaki janjikan ketenangan

AITUTAKI – Bersantai di atas buaian yang digantung di antara barisan pokok kelapa, berenang di laut biru sambil melihat keindahan spesies ikan tropikal jelas menjanjikan sebuah percutian yang sangat sempurna dan menyenangkan.

Kawasan percutian ini terdiri daripada beberapa buah pulau-pulau kecil yang dikelilingi oleh lagun di kawasan pertengahan Selatan Pasifik.

Pada dasarnya berada di sebuah kawasan yang cukup indah, tidak sesak, selamat dan tidak memerlukan kos yang tinggi itu sangat memberikan ketenangan kepada para pengunjung dan sukar diungkapkan dengan kata-kata.

Perjalanan untuk menuju ke Aitutaki dimulakan dengan penerbangan menuju ke Rarotonga, sebuah pulau terbesar di Pulau Cook yang memiliki 15 buah gunung berapi yang terletak di sekitar kawasan Meditteranean.

Antara negara dan bandaraya yang menawarkan penerbangan menuju ke Rarotonga adalah Los Angeles, Tahiti, New Zealand dan Sydney.

Antara kemudahan penginapan yang disediakan di sekitar Pulau Aitutaki.
Antara kemudahan penginapan yang disediakan di sekitar Pulau Aitutaki.
Berehat di atas buaian yang digantung pada pokok kelapa dan bersaksikan pada panorama indah setentunya dapat menghilangkan segala tekanan.
Berehat di atas buaian yang digantung pada pokok kelapa dan bersaksikan pada panorama indah setentunya dapat menghilangkan segala tekanan.

Setibanya di lapangan terbang di Rarotonga, anda boleh mengambil masa untuk bersiar-siar di sekitar bandar untuk melihat pelbagai cenderamata yang ditawarkan seperti mutiara hitam sebelum mengambil keputusan untuk melakukan aktiviti snorkeling di Pantai Aroa.

Setelah puas menikmati keindahan bandar Raratonga, anda boleh memilih untuk menaiki penerbangan Air Rarotonga untuk menuju ke Aitutaki yang mengambil masa selama 50 minit.

Pada dasarnya Pulau Aitutaki hanya memiliki seramai 2,000 orang penduduk dan menawarkan sebuah penginapan mewah yang memiliki 229 buah bilik.

Di samping itu, bagi yang berhasrat untuk merasai sendiri pengalaman menginap di kediaman ala Bora-Bora, Aitutaki Lagoon Resort dan Spa juga menawarkan rumah banglo pada kadar sewa AS$1,000 semalam yang setentunya menjanjikan satu pengalaman yang sangat indah.

Suasana romantis jelas dapat dirasai tatkala melangkahkan kaki ke dalam bilik di dalam banglo tersebut di mana kelopak bunga mawar telah ditaburkan di atas katil tersebut.

Antara aktiviti sukan ekstrem yang dapat dilakukan di Aitutaki.
Antara aktiviti sukan ekstrem yang dapat dilakukan di Aitutaki.
Beberapa buah bot juga telah disediakan bagi memudahkan para pengunjung untuk bersiar menikmati keindahan suasana laut dan pantai.
Beberapa buah bot juga telah disediakan bagi memudahkan para pengunjung untuk bersiar menikmati keindahan suasana laut dan pantai.
Setentunya hati para pengunjung berasa cukup puas apabila berjaya menangkap ikan bersaiz besar di Pulau Aitutatki.
Setentunya hati para pengunjung berasa cukup puas apabila berjaya menangkap ikan bersaiz besar di Pulau Aitutatki.

Terdapat beberapa buah kedai runcit yang setentunya menawarkan segala kelengkapan dan barang dapur bagi memudahkan aktiviti para pengunjung di sepanjang penginapan anda di resort tersebut.

Antara hidangan istimewa yang popular menjadi santapan ketika berada di pulau itu adalah stik tuna yang disediakan bersama dengan perapan buah Markisa dan ika mata, yang merupakan hidangan tuna mentah yang disajikan bersama dengan krim kelapa di Puffy Beacch Bar di pulau tersebut.

Untuk bersiar-siar di kawasan pantai tersebut anda boleh menyewa basikal di Matriki pada kadar yang sederhana.

Pengalaman berbasikal di pulau tersebut setentunya menjanjikan peluang dan kenangan yang sangat berharga memandangkan anda boleh menikmati keindahan pemandangan di sekitar kawasan pulau tersebut dan menghirup udara segar yang setentunya dapat menenangkan fikiran.

Spesies ikan tropikal jelas dapat dilihat berenang bebas di perairan di Aitutaki.
Spesies ikan tropikal jelas dapat dilihat berenang bebas di perairan di Aitutaki.

Snorkeling merupakan antara aktiviti popular dilakukan di Aitutaki di mana para pengunjung berpeluang untuk menyaksikan keindahan pelbagai spesies hidupan laut.
Snorkeling merupakan antara aktiviti popular dilakukan di Aitutaki di mana para pengunjung berpeluang untuk menyaksikan keindahan pelbagai spesies hidupan laut.

Antara pemandangan indah yang dapat anda saksikan adalah beberapa spesies bunga menarik seperti bunga kertas, bunga raya dan bunga kemboja dengan menampilkan kelopak bunganya yang berkembang mekar

Menyentuh mengenai aspek keselamatan pula melihat daripada aspek jumlah penduduk yang sangat minimal setentunya tiada kesesakan yang berlaku di pulau tersebut di samping turut mengurangkan risiko bahaya di kalangan para pengunjung.

Pelbagai aktiviti menarik yang dapat anda lakukan seperti berkelah bersama keluarga di kawasan pantai dan melakukan aktiviti snorkeling sambil melihat pelbagai spesies marin seperti tapak sulaiman, Moorish Idol, Threadfin Butterflyfish dan Lemonpeel Angelfish.

Sekiranya anda penat melakukan bersiar-siar dan melakukan pelbagai aktiviti di pantai itu, anda boleh mengambil masa untuk berehat sambil menikmati air kelapa segar yang setentunya mampu untuk mengembalikan kembali kesegaran pada tubuh badan anda. – AP

ARTIKEL YANG SAMA