Detik bersejarah BIBD

Detik bersejarah BIBD

Oleh Siti Nur Wasimah S.

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Nov – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) mencatat detik bersejarahnya yang tersendiri apabila membuka semula ibu pejabat dan cawangan utamanya dengan wajah baru di ibu negara, hari ini.

Berangkat menyempurnakan pembukaan semula Ibu Pejabat dan Cawangan Utama BIBD itu ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik.

Keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Haji Bahrin bin Abdullah yang juga selaku Pengerusi BIBD serta Pengarah Urusan BIBD, Javed Ahmad.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang telah dipimpin oleh Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Suhaili bin Haji Mohiddin, selaku Pengerusi Badan Penasihat Syariah BIBD.

Majlis kemudian diteruskan lagi dengan sembah alu-aluan Yang Berhormat Dato Paduka Haji Bahrin sebelum Yang Teramat Mulia berkenan menyampaikan sabda Perasmian Majlis Pembukaan Semula Ibu Pejabat dan Cawangan Utama BIBD dan menyaksikan tayangan video bagi majlis berkenaan.

pg04_151201_a

pg04_151201_e

pg04_151201_d

YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan menandatangani plak Majlis Pembukaan Semula Ibu Pejabat dan Cawangan Utama BIBD.
YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan menandatangani plak Majlis Pembukaan Semula Ibu Pejabat dan Cawangan Utama BIBD.
Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan bergambar ramai bersama para pegawai dan kakitangan BIBD.
Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan bergambar ramai bersama para pegawai dan kakitangan BIBD.

Yang Teramat Mulia kemudian dijunjung berangkat melawat Bahagian Perbankan Korporat di mana Yang Teramat Mulia telah berkenan mendengar sembah taklimat yang telah disampaikan oleh Ketua Bahagian Perbankan Korporat, Koh Swam Sing.

Lawatan Yang Teramat Mulia diteruskan lagi ke ruang Perdana Privilege Banking di mana Yang Teramat Mulia berkenan menyaksikan galeri dan mendengarkan sembah taklimat daripada Ketua Bahagian Tanggungjawab Sosial Korporat BIBD, Hajah Nurul Akmar binti Haji Mohd Ja’afar.

Yang Teramat Mulia mengakhiri lawatan ke cawangan utama BIBD, tingkat bawah, di mana Yang Teramat Mulia berkenan menandatangani plak Majlis Pembukaan Semula Ibu Pejabat dan Cawangan Utama BIBD.

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Yang Teramat Mulia juga berkenan bergambar ramai bersama para pegawai dan kakitangan BIBD.

pg04_151201_f

Tingkat bawah bangunan itu adalah bagi perkhidmatan transaksi.
Tingkat bawah bangunan itu adalah bagi perkhidmatan transaksi.
Bahagian Perbankan Korporat yang berwajah baru di Ibu Pejabat BIBD.
Bahagian Perbankan Korporat yang berwajah baru di Ibu Pejabat BIBD.

Menurut kenyataan yang diberikan, Ibu Pejabat dan Cawangan Utama BIBD ini merangkumi tiga tingkat iaitu tingkat bawah bagi perkhidmatan transaksi, tingkat kedua bagi perkhidmatan kewangan dan tingkat ketiga bagi Bahagian Korporat Perbankan.

Cawangan ini dilengkapi kemudahan lif bagi keselesaan para pelanggan dan menyediakan empat buah mesin ATM, dua mesin Simpanan Wang Tunai (CDM), mesin Simpanan Cek serta kiosk Internet.

Javed Ahmad menyatakan bahawa pengubahsuaian dan pembukaan semula Cawangan Utama BIBD ini menunjukkan perjalanan bank ini untuk menjadi institusi kewangan yang lebih moden dan bertaraf dunia.

BIBD juga menampilkan pusat hubungan 24 jam serta perkidmatan-perkhidmatan perbankan dalam talian BIBD dan aplikasi BIBD Mobile untuk menyediakan perbankan segera.

Cawangan Utama BIBD ini beroperasi dari jam 8:45 pagi sehingga 4 petang setiap hari Isnin sehingga Jumaat, bagaimanapun pada hari Jumaat ia ditutup bermula jam 11 pagi sehingga 2:30 petang, manakala itu, pada Sabtu cawangan ini dibuka bermula jam 8:45 pagi sehingga 11:15 pagi sahaja.

ARTIKEL YANG SAMA