Deutsche Boerse kaji saham gabungan LSE

Deutsche Boerse kaji saham gabungan LSE

FRANKFURT, 11 Julai – Bursa saham Frankfurt berkata hari ini ia sedang mengkaji sama ada mengurangkan satu halangan untuk gabungannya dengan Bursa Saham London (LSE) diteruskan.

Pemegang saham operator pasaran saham Jerman Deutsche Boerse diberi masa sehingga esok untuk memutuskan sama ada menukar saham mereka dengan saham dalam syarikat yang baru digabung itu.

Pemegang saham Kumpulan Bursa Saham London telah pun mengundi sebulat suara untuk gabungan pada minggu lalu, meskipun kebimbangan ia mungkin terjejas oleh pengeluaran Britain daripada EU.

Di bawah syarat-syarat perjanjian, 75 peratus daripada pemegang saham Deutsche Boerse mesti bersetuju untuk menukar saham mereka untuk membolehkan perjanjian diteruskan.

Namun syarikat berkata dalam satu kenyataan ia sedang mengkaji untuk mengurangkan had penerimaan minimum atas sebab-sebab teknikal, untuk membenarkan dana indeks mengambil bahagian dalam tawaran.

Dana indeks, yang mewakili 15 peratus daripada saham Deutsche Boerse, hanya berupaya menyerahkan saham me-reka selepas had penerimaan minimum telah pun dicapai, jelasnya.

Dan penggantian saham mengambil masa dua hari.

Bagaimanapun, kebanyakan pemegang saham institusi hanya menyerahkan saham mereka pada hari terakhir tempoh tawaran awal, yang bermakna had masing-masing tidak akan dicapai sebelum hari tersebut. Dan penggantian saham akan berlaku selepas berakhirnya tempoh tawaran awal, jelas Deutsche Boerse.

“Dengan mengurangkan had penerimaan, isu teknikal berkenaan dapat diatasi,” katanya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA